Untitled Document
Javascript DHTML Drop Down Menu Powered by dhtml-menu-builder.com
Untitled Document

Latihan Kebakaran bersama Bomba dan Penyelamat Seputeh


Pada 13 Mac 2018 satu sesi latihan menyelamatkan diri dari kebakaran telah dijalankan di kawasan sekolah SMK Taman Desa. Program yang melibatkan kerjasama Bomba Dan Penyelamat Seputeh ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua warga sekolah tentang bahaya api dan langkah pencegahannya serta memadamkannya.
Ketua operasi En. Musa berkata, program seumpama ini amatlah bagus bagi memberi kesedaran kepada pelajar terutamanya tentang cara-cara menyelamatkan diri yang betul. Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi. Jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah dan juga ahli bomba yang terlibat.  
 
 

|


 
Untitled Document