Untitled Document
Javascript DHTML Drop Down Menu Powered by dhtml-menu-builder.com
Untitled Document

Majlis Restu Ilmu


Pada 7 Oktober 2016, SMK Taman Desa telah mengadakan Majlis Restu Ilmu untuk para pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan PT3, SPM dan STPM. Majlis ini bertujuan untuk memberkati ilmu yang dipelajari dan mendoakan kejayaan para pelajar.
 

  
Pada 7.30 A.M., para pelajar telah menyertai aktiviti bacaan doa mengikut kepercayaan agama masing-masing. Setelah tamat upacara sembahyang, para pelajar telah berkumpul bersama-sama di Arena Wira untuk menghadiri Majlis Restu Ilmu bersama semua guru.
 

 
Majlis Restu Ilmu telah dirasmikan oleh YDP PIBG, Pn. Chung Chai Yin. Saguhati telah diberikan kepada setiap individu pelajar dan seterusnya para pelajar telah digalakkan bersalam dengan guru-guru untuk memohon restu daripada guru-guru.
 
Desarian Cemerlang! 
 

|


 
Untitled Document