Untitled Document
Javascript DHTML Drop Down Menu Powered by dhtml-menu-builder.com
Untitled Document

Karnival Kokurikulum


Pada 13 Ogos 2016, SMK Taman Desa telah mengadakan Karnival Kokurikulum & Pertandingan Kawad Kaki. Selain pertandingan kawad kaki antara badan-badan beruniform yang menjadi fokus utama semua warga SMKTD, karnival jualan makanan & minuman serta pelbagai permainan turut memeriahkan lagi suasana hari tersebut.
 


 
Selain cabaran menjelajah rumah hantu yang popular di kalangan warga SMKTD, permainan lain seperti memanah dan flying fox turut diadakan. Gerai-gerai jualan hasil usaha kelab & persatuan dan kerjasama dengan komuniti sekitar juga telah menjadi keistimewaan dalam karnival ini.  Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara menguruskan perniagaan secara kecil-kecilan. 
 

 
Karnival telah tamat secara rasminya pada pukul 2 P.M. 
 
Desarian Cemerlang! 

|


 
Untitled Document