Untitled Document
Javascript DHTML Drop Down Menu Powered by dhtml-menu-builder.com
Untitled Document

Kejohanan Balapan Dan Padang Kali Ke-29


Kejohanan Balapan Dan Padang SMK Taman Desa Kali Ke-29 Tahun 2016 telah diadakan pada 22 Julai 2016 (Jumaat).
 
 
  
Kejohanan dimulakan dengan acara perbarisan rumah sukan (Jaguh, Satria, Wira dan Waja) dan badan-badan beruniform. Padang kelihatan berseri dengan uniform lengkap badan beruniform berserta dengan maskot-maskot setiap rumah sukan.
 
 
 
Kejohanan diteruskan dengan bacaan doa, bacaan ikrar kejohanan, ucapan Tuan Pengetua, En. Mohd. Aminudin B. Abu Bakar dan ucapan perasmian oleh En. Abdul Syatar Bin Abdul Halim, Pengurus DBKL cawangan Seputeh. Seterusnya, dif-dif kehormat dijemput untuk mebuat penilaian bagi pertandingan menghias rumah sukan.
 
 
  
Kejohanan juga dimeriahkan dengan persembahan Flashmob dan pertandingan pasukan sorak setiap rumah sukan. Selepas semua acara dipertandingkan, akhirnya Rumah Jaguh muncul sebagai juara keseluruhan dengan pungutan mata sebanyak 6041. Naib johan jatuh kepada Rumah Waja dengan pungutan mata sebanyak 5960. Rumah Satria mendapat tempat ketiga dengan pungutan mata sebanyak 4785 diikuti Rumah Wira mendapat tempat keempat dengan pungutan mata sebanyak 4399.
 
 
 
Keputusan olahragawan  dan olahragawati turut diumumkan:
 
Olahragawan: Chia Wern Hsuen (Rumah Jaguh)
Olahragawati: Yeap Ming wei (Rumah Satria)
 
Olahragawan Harapan 1: Afiq Syafee B. Shahrulazni (Rumah Waja)
Olahragawati Harapan 1: Ho Mae June (Rumah Waja)
 
Olahragawan Harapan 2: Tan Zi Hao (Rumah Wira)
Olahragawati Harapan 2: Nurshazanani (Rumah Wira)
 
Desarian Cemerlang!
 
Gambar Oleh: Leong Choun Wai (5 Kreatif) 

|


 
Untitled Document