Untitled Document
Javascript DHTML Drop Down Menu Powered by dhtml-menu-builder.com
Untitled Document

Hari Perkongsian Pintar


Pada 24 Jun 2016 (Jummat), SMKTD telah mengadakan Hari Perkongsian Pintar (Hari Temu Mesra IBu Bapa) dan Program Penetapan Target.
 
 
Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada guru dan ibu bapa untuk bertemu membincangkan hal-hal berkaitan anak masing-masing di samping memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang program-program yang sedang dan akan berlangsung di sekolah.
 
 
Pada pukul 8.35 A.M., semua pelajar dan ibu bapa telah dikumpulkan di Arena Wira, SMKTD. Ucapan alu-aluan telah diberikan oleh Tuan Pengetua SMKTD, En. Mohd. Aminudin B. Abu Bakar. Beliau mengalu-alukan kunjungan ibu bapa bukan sahaja pada hari tersebut tetapi pada bila-bila masa untuk perbincangan hal anak-anak bersama pihak sekolah. Majlis kemudiannya diteruskan oleh Taklimat VLE FROG & SYNC oleh En. Mohd. Asraf B. Khozari, Guru ICT dan Taklimat Sarana oleh En. Lim Nan Chong, Setiausaha Jawatankuasa Sarana. Taklimat berkaitan PT3 juga telah diberikan oleh Pn. Lim Sie Chie, Penyelaras PBS.
 
 
Pada pukul 9.05 A.M., sesi perjumpaan ibu bapa bersama guru tingkatan, guru kaunselor & guru disiplin telah bermula sehingga 12.35 P.M.
 
Semoga program ini dapat meningkatkan komunikasi berkesan antara pihak sekolah dengan ibu bapa. 
 
Desarian Cemerlang!
 
Gambar oleh: Chan Cing Jie, 4 Inovatif 

|


 
Untitled Document