Untitled Document
Javascript DHTML Drop Down Menu Powered by dhtml-menu-builder.com
Untitled Document

Sambutan Hari Guru


Pada 27 Mei 2016, SMKTD telah mengadakan sambutan Hari Guru bertemakan Back to School di mana guru-guru meraikan sambutan ini dengan berpakaian baju uniform pelajar sekolah. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada para guru yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa di samping memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pentingnya menghargai jasa guru.
 
 
 
 
 
Pada pukul 9 pagi, Majlis Sambutan Hari Guru telah dimulakan dengan perarakan masuk para guru bersama AJK PIBG, Pn. Zaini Bt. Zainuddin ke Arena Wira, SMKTD. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu kebangsaan, lagu wilayah dan lagu sekolah. Tayangan montaj gimik telah dipersembahkan kepada para guru. Pada masa yang sama, badan-badan perkhidmatan telah bergerak mengagihkan cenderamata kepada para guru.
 
 
 
 
Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada para pelajar, bekas pelajar dan guru. Permainan ringkas juga diadakan untuk mengeratkan hubungan para pelajar bersama guru-guru.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan nyanyian lagu tema Hari Guru.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA! TERIMA KASIH, CIKGU!
 
 

|


 
Untitled Document