Untitled Document
Javascript DHTML Drop Down Menu Powered by dhtml-menu-builder.com
Untitled Document

Majlis Lambaian Kasih, Sanjungan Budi Sempena Persaraan Pn. Chua Seaw Hua


Pada 5 April 2016, SMKTD telah kehilangan seorang guru yang amat disayangi, iaitu Pn. Chua Seaw Hua yang bersara daripada perkhidmatan beliau. Beliau telah berkhidmat di SMK Taman desa sejak tahun 1985 sehingga kini, selama 32 tahun.
 
 
 
 
Majlis telah bermula pada pukul 10.30 pagi di Arena Wira dengan perarakan masuk Pn. Chua Seaw Hua diiringi Pn. Chung Chai Yin (YDP PIBG), En. Kenneth Gorden Ng (AJK PIBG), Pn. Sumarni Bt. Junin (Pengetua), Penolong Kanan dan Guru-Guru Ketua Bidang. Ketibaan Pn. Chua Seaw Hua diraikan oleh semua warga SMKTD dengan sorakan dan tepukan gemuruh.
 

Majlis diteruskan dengan ucapan wakil pelajar Tingkatan 6, Pn. Rohani (Wakil guru), Pn. Chung Chai Yin, Pn. Sumarni Bt. Junin dan akhir sekali ucapan Pn. Chua Seaw Hua. Beliau memberi nasihat kepada guru-guru agar meneruskan usaha beliau dalam bidang pendidikan tanpa putus asa. Tidak ketinggalan nasihat untuk para pelajar agar menjadi seorang insan yang berguna pada setiap masa. Majlis dimeriahkan lagi dengan tayangan video istimewa untuk Pn. Chua Seaw Hua, persembahan para pelajar dan penyampaian cenderamata.
 
Pn. Chua Seaw Hua bergerak meninggalkan SMKTD pada pukul 1.00 petang. Kepada Pn. Chua, seluruh warga SMKTD mengucapkan TERIMA KASIH atas jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan kepada kami sepanjang 32 tahun perkhidmatan anda di SMKTD! Kami sayangkan Pn. Chua Seaw Hua! Jasamu dikenang!

|


 
Untitled Document