Untitled Document
Javascript DHTML Drop Down Menu Powered by dhtml-menu-builder.com
Untitled Document

Pertandingan Projek Inovasi Kelab


Pada 25 Mei 2016, Unit Kokurikulum SMKTD telah mengadakan Pertandingan Projek Inovasi Kelab & Persatuan di Arena Wira, SMKTD.

 

Budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar lebih sesuai didedahkan melalui kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini berlaku di luar bilik darjah dan boleh dilaksanakan di dalam dan di luar waktu sekolah. Pendedahan awal dan kepelbagaian aktiviti secara kumpulan yang ada terutama dalam kegiatan kelab dan persatuan sekolah akan memberi peluang kepada murid untuk meneroka, mencuba atau mencuba jaya sesuatu projek yang dipertanggungjawabkan.
 
 
Antara objektif pertandingan ini termasuklah:
1. Meningkatkan kemahiran serta menggalakkan daya kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar.
2. Menjadi platform kepada pelajar sebagai penyumbang idea dan inovasi atau pengetahuan dalam bidang masing-masing untuk menunjukkan kemampuan mereka mencipta dan menemui sesuatu yang baru.
3. Melatih pelajar berkomunikasi dengan berkesan, iaitu mampu menyampaikan maklumat, idea, masalah, penyelesaian secara jelas dan menyakinkan.
4. Penyediaan ke arah kemahiran berfikiran aras tinggi (HOTS) dalam kalangan pelajar.
 
 
Kategori pertandingan meliputi Kategori Sesi Pagi: Johan, Naib Johan & Tempat Ke-3, Kategori Sesi Petang: Johan, Naib Johan & Tempat Ke-3 dan Kategori Keseluruhan: Terbaik.

 

Unit Kokurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PIBG yang menaja segala perbelanjaan dan hadiah pertandingan ini. Setiap kumpulan yang menyertai telah diberikan kos permulaan projek manakala kumpulan pemenang akan mendapat hadiah berupa wang tunai dan sijil. Tidak ketingglan Pn. Kalsom Bt. Arifin, En. S. Rosli B. Ibrahim, Pn. P. Telagavathy a/p K. Ponnusamy dan En. Mohd. Kalam Amin B. Abdul Wahab selaku barisan hakim pertandingan ini.
 

Semoga pertandingan ini dapat mencungkil lebih banyak idea inovasi dalam kalangan warga SMKTD pada masa akan datang.

Desarian Cemerlang!

|


 
Untitled Document