Untitled Document
Javascript DHTML Drop Down Menu Powered by dhtml-menu-builder.com
Untitled Document

Minggu Pusat Sumber


Pada 25 hingga 29 April 2016, Pusat Sumber SMKTD telah mengadakan Minggu Pusat Sumber Sekolah Tahun 2016 yang bertemakan "Transition From Reality".
 

Perasmian telah disempurnakan oleh Pn. Sumarni Bt. Junin, Pengetua SMKTD. Tayangan montaj yang menarik memperkenalkan sepintas lalu pengisian Minggu Pusat Sumber telah disediakan oleh Pengawas Pusat Sumber, John Lee (4 Kreatif). Pelbagai pertandingan, pameran dan permainan telah disediakan di Pusat Sumber termasuklah tayangan filem-filem terkenal.
 
 

Antara kiosk-kiosk yang dipamerkan termasuklah Kiosk Percy Jackson, Kiosk Harry Potter, Kiosk The Lord of The Rings, Kiosk Narnia, Kiosk Alice In Wonderland, Kiosk The Mortal Instruments dan sebagainya. Para pelajar dibenarkan melawat ke Pusat Sumber pada waktu rehat dan waktu selepas persekolahan. Jadual lawatan mengikut kelas turut disediakan.
 
 

Pameran turut dilawat oleh YDP PIBG, Pn. Chung Chai Yin, NYDP PIBG, Pn. Sheela Kuruvilla dan juga para guru serta para pelajar dari sekolah berdekatan.
 
 

SMKTD mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan dalam menjayakan program ini. Tidak ketinggalan para pengawas pusat sumber yang bertungkus lumus membuat persediaan Minggu Pusat Sumber ini di bawah pimpinan Cik Lina Lee bersama guru-guru PSS yang lain.
 
 
 
Desarian Cemerlang!

 

|


 
Untitled Document