Untitled Document
Javascript DHTML Drop Down Menu Powered by dhtml-menu-builder.com
Untitled Document

Selamat Tahun Baru Cina 2018.
Ucapan ikhlas dari semua pentadbir dan warga SMKTD 

UCAPAN ALU-ALUAN, EN MOHD YUSOF BIN IBRAHIM

TUAN PENGETUA SMK TAMAN DESA, KUALA LUMPUR

Asalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan kerana mengunjungi laman web SMK Taman Desa, Kuala Lumpur sebagai sumber rujukan rasmi kepada segala informasi berkaitan sekolah.

Sememangnya pihak sekolah berusaha keras untuk mewujudkan komunikasi berkesan dengan ibu bapa dan komuniti. Laman web ini menjadi saluran utama kepada pihak sekolah untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan pentadbiran dan aktiviti sekolah. Pihak sekolah amat mengalu-alukan ibu bapa dan komuniti sekitar sekolah berhubung rapat dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam sebarang usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran kondusif untuk kecemerlangan pelajar.

Di sini, tidak ketinggalan juga ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung, terutamanya pihak PIBG yang sedia membantu dalam membantu pihak sekolah melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak bangsa yang bakal menerajui kemajuan negara Malaysia tercinta.

Kepada guru-guru SMKTD yang gigih mendidik anak-anak bangsa, saya ingin merakamkan penghargaan dan penghormatan tertinggi khas untuk anda semua. Tidak ke mana anak-anak bangsa kita tanpa bimbingan dan didikan guru-guru. “Bersatu teguh, bercerai roboh”, sama-sama kita menggemblengkan tenaga demi kesejahteraan dan kejayaan masa depan anak-anak bangsa kita.

Desarian Cemerlang!!

 
 
 
 

Perkhemahan Badan Beruniform 2018-03-16
Pada 16 - 19 Mac 2018, satu perkhemahan badan beruniform telah dijalankan di Risda Eco Resort Ulu Slim perak. Perkhemahan yang berlangsung 4 hari ini telah disertai oleh 80 orang pelajar dan 35 orang guru ini telah mencapai objektifnya iaitu untuk melahirkan sifat kepimpinan dan keyakinan dalam diri setiap peserta.

[Baca laporan penuh]
KEPUTUSAN SPM 2017 2018-03-15
Gambar-gambar sekitar Keputusan SPM 2017 di Arena Wira yang disampaikan oleh En Mohd Yusof bin Ibrahim Pengetua SMKTD. Tahniah kepada semua pelajar yang cemerlang.

[Baca laporan penuh]
Latihan Kebakaran bersama Bomba dan Penyelamat Seputeh 2018-03-13
Pada 13 Mac 2018 satu sesi latihan menyelamatkan diri dari kebakaran telah dijalankan di kawasan sekolah SMK Taman Desa. Program yang melibatkan kerjasama Bomba Dan Penyelamat Seputeh ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua warga sekolah tentang bahaya api dan langkah pencegahannya serta memadamkannya.

[Baca laporan penuh]
Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah & Kesihatan 2018-03-05
Matlamat program ini ialah untuk menyedarkan murid-murid bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan keselamat masyarakat. Selain itu juga untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya.

[Baca laporan penuh]
Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Penetapan Target 2018-03-03
PIBG menjadi persatuan penting yang mempunyai fungsi dan tanggungjawab tertentu. Pada asasnya PIBG berperanan sebagai rakan kongsi sekolah untuk membantu pembangunan serta kemajuan sekolah dan pelajar. Bagi ibu bapa yang sering menghadiri mesyuarat PIBG pastinya akan merasakan PIBG menjadi saluran dan forum terbaik untuk berbincang dan menyelesaikan masalah, birokrasi dan isu yang timbul berkaitan pembelajaran anak-anak mereka.

[Baca laporan penuh]
Sambutan Tahun Baru Cina SMKTD 2018-03-02
Sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah telah diadakan pada 2 MAC 2018 bersamaan hari jumaat. Perasmian telah disempurnakan oleh YDP PIBG Pn Chung Chai Yin bersama pentadbir sekolah yang lain. Pelbagai acara menarik telah diadakan bersempena sambutan ini.

[Baca laporan penuh]
Kejohanan Merentas Desa 2018 2018-01-26
Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah 2018 kali ke-16 telah diadakan pada 26 Januari 2018 . Program telah bermula tepat jam 7.45 pagi bermula dengan senamrobik dan berakhir tepat jam 12.00tgh hari selepas acara penyampaian hadiah.

[Baca laporan penuh]
Hari Anugerah Kecemerlangan HEM & Kokurikulum serta Sambutan Perayaan Deepavali 2017-11-01
Hari Anugerah Kecemerlangan HEM & Kokurikulum telah diadakan bagi memberi penghargaan kepada guru dan pelajar atas komitmen dalam setiap aktiviti yang telah dijalankan didalam dan luar sekolah.

[Baca laporan penuh]
Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 dan 6 2017-10-27
Majlis Graduasi Tingkatan 5 dan 6 telah dijalankan pada 27 Oktober 2017. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Chang Kim Loong AMN. Diharapkan program ini dapat menyuntik semangat calon - calon SPM 2017 DAN stpm 2017 untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM tidak lama lagi.

[Baca laporan penuh]
Bengkel Aplikasi Penggunaan VR-Box dalam pendidikan 2017-09-20
Virtual Reality Technology ataupun singkatan kepada VR Box merupakan gajet terkini yang makin popular di seluruh dunia. Teknologi berupa aplikasi virtual reality telah membawa kita untuk menikmati virtual reality secara langsung dengan menggunakan smartphone. Hal ini merupakan sebuah kemudahan yang dinikmati oleh semua orang. Penggunaan aplikasi seperti ini akan memungkinkan kita untuk menjelajahi suatu kawasan atau lingkungan dengan cara yang berbeza, seakan-akan kita berada didalamnya.

[Baca laporan penuh]
Sambutan Hari Kebangsaan 2017 2017-08-24
Tanggal 31, bulan 8 1957 merupakan hari yang menjadi kenang-kenangan buat seluruh rakyat Malaysia terutamanya warga SMKTD. Panitia sejarah dengan kerjasama pihak pentadbir dan guru kanan dengan jayanya telah menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah 2017.

[Baca laporan penuh]
Kempen Derma Darah 2017-08-23
Bertarikh 23 Ogos 2017, Majlis Tingkatan 6 dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah menganjurkan kempen derma darah. Klik untuk maklumat lebih lanjut

[Baca laporan penuh]
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2017-07-21
Pada 21 Julai 2017, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Seputeh, Datuk Mustafa Kamal Bin Mohd Yusoff.

[Baca laporan penuh]
Pertandingan Inovasi Kelab & Persatuan 2017-07-19
Pertandingan Inovasi Kelab & Persatuan telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMKTD dan Mr. Lim Nan Chong sebagai penyelaras program. Program yang bermula pada jam 12.00 tgh hari ini telah dirasmikan oleh Pen. Kanan Kokurikulum, Pn. Kalsom bt Arifin.

[Baca laporan penuh]
Minggu Perpustakaan (Under the sea) 2017-07-10
Minggu Perpustakaan bertemakan Hidupan Bawah Laut telah dianjurkan oleh AJK yang tediri daripada pengawas perpustakaan sekolah. Program yang berlangsung selama satu minggu ini amatlah menarik sehingga mendapat lawatan dari ratusan pelajar dalam dan luar dari SMKTD. Syabas diucapkan kepada pihak penganjur

[Baca laporan penuh]
Hari Temu Mesra 2017-06-22
Pada 22 Jun 2017, pihak sekolah telah mengadakan Hari Ramah Mesra bersama dengan ibubapa pelajar. Program yang diadakan 2 kali setahun ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada ibubapa tentang prestasi akademik dan kokurikulum serta sahsiah anak mereka bagi meningkatkan pencapaian mereka dalam setiap bidang

[Baca laporan penuh]
Sambutan Hari Guru SMK Taman Desa 2017-05-26
Hari Guru tiba lagi. 16 Mei setiap tahun, semua guru di seluruh Malaysia akan meraikannya. Untuk Tahun 2017, sekali lagi Guru Pembina Negara Bangsa dipilih untuk tema sambutan kali ini

[Baca laporan penuh]
Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 6 Rendah 2017-05-02
Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 6 Rendah SMK Taman Desa bagi sesi 2017/2018 telah di rasmikan pada 2 Mei 2017. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh tuan pengetua En Aminudin bin Abu Bakar.

[Baca laporan penuh]

Laman web in ditaja sepenuhnya oleh PIBG SMK Taman Desa. Terima kasih juga dituju kepada Encik Richard Lu, bekas pelajar tahun 1982 yang telah menaja kos pembinaan web ini.


 

»Jadual Waktu Ujian Dan Peperiksaan 2018

  

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
  

 

Untitled Document